A Famosa

Inilah sisa tinggalan Kota A Famosa. Pintu ini dikenali sebagai Santiago Bastion.

Sungai Melaka

Beginilah pemandangan malam di tebing Sungai Melaka yang dilimpahi cahaya bewarna-warni.

Istana Melaka

Merupakan replika Istana Kesultanan Melayu Melaka zaman dahulu kala.

Masjid Tengkera

Merupakan antara masjid yang tertua di Melaka di samping Masjid Kg. Hulu dan Masjid Kg. Keling.

Jonker Walk

Syurga membeli-belah pelbagai barangan antik dan cenderamata.

Sunday, 13 May 2012

PELANCONGAN GOLF DI MELAKA


Bagi peminat sukan golf, kunjungan anda ke Melaka boleh diserikan lagi dengan mencuba cabaran padang golf kat Melaka. Melaka mempunyai 4 kelab golf iaitu Ayer Keroh Country Club (AKCC), Tiara Golf and Country Club Melaka, Orna Golf and Country Club dan A Famosa Golf and Country Club.

So peminat golf yang berkunjung ke Melaka tidak perlulah meninggalkan set golf anda di rumah. Anda boleh hubungi kelab-kelab golf seperti butiran di bawah :

Ayer Keroh Country Club (AKCC)
KM 14, Jalan Ayer Keroh
75450 Melaka
Tel : 06-2332000 / 2001

Tiara Golf and Country Club Melaka
Jalan Gapam, Bukit Katil
75760 Melaka
Tel : 06-2312366 / 1111

Orna Golf and Country Club
Bt. 16, Jalan Gapam
Ladang Gapam
77200 Bemban
Melaka
Tel : 06-5210333

A Famosa Golf and Country Club
Jalan Kamus, Simpang Empat
78000 Alor Gajah
Melaka
Tel : 06-5520555 / 0888

IKAN BAKAR MELAKA, JANGAN LUPA!


Bila bab makan-makan ni, Melaka memang terkenal dengan ikan bakar selain daripada asam pedasnya. Kat sini ada beberapa tempat yang terkenal pada 'pencari makanan' seafood. Sepanjang jalan dari bandar ke Muar jika melalui jalan lama, anda boleh jumpa beberapa medan ikan bakar antaranya Muara Sg Duyung, Alai, Umbai, Serkam.

Bukan setakat ikan bakar, macam-macam menu pun boleh ditempah. Ikan-ikan segar dari hasil tangkapan nelayan terus ke dapur panggang. Jangan lupa singgah kalau ke Melaka.

 

Saturday, 12 May 2012

PERIGI HANG LI PO


Perigi Raja (Perigi Hang Li Po) ini dibina pada tahun 1459 dibawah arahan Sultan Mansor Shah kepada isteri beliau, Puteri Hang Li Po, seorang puteri dari negara Cina. Perigi ini tidak pernah kering dan merupakan satu-satunya punca air semasa musim kemarau. Pihak Belanda membina tembok disekelilingnya pada tahun 1677 untuk memeliharanya sebagai perigi permintaan (wishing well).

Ada yang berkata bahawa mereka yang melontar duit syiling ke dalamnya akan kembali ke Melaka pada masa depan. Perigi ini terletak di Jalan Puteri Hang Li Po.

Waktu operasi:
Setiap Hari: 7.00 pagi - 7.00 petang

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Tokong Poh San Peng
Bukit China
Tel: +606-282 9343

Muzium Baba Nyonya

Open Air Well

Muzium Baba Nyonya yang terdapat Melaka ini merupakan sebuah muzium persendirian yang menyimpan segala khazanah asal kebudayaan Baba Nyonya. 

Masa Operasi
Setiap hari 10.00 pagi - 12.30 tghari / 2.00 - 4.30 petang

Bayaran Masuk
Dewasa : RM 8
Kanak2 : RM 4

Alamat
48 & 50
Jalan Tun Tan Cheng lock
Melaka

Telefon No.
+606 283 1273

* Dilarang menggunakan kamera dan perakam video di dalam muzium ini

KOTA A FAMOSA


Kota A Famosa (Fortaleza de Malaca) pastinya adalah salah satu tempat yang patut dilawati setiap pengunjung yang datang ke Melaka. Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia. Yang tinggal ini adalah Santiago Bastion.



SALAM PERKENALAN

Salam perkenalan buat semua pembaca. 


Penulis lebih gemar menggelarkan diri Anak Melaka (AM) hanyalah penulis yang mengisi masa lapang dan bukanlah penulis blog yang tegar. Penulis baru nak mencuba-cuba menulis, harap diberikan tunjuk ajar dari yang lebih pakar.


Sekian, terima kasih.