Saturday, 12 May 2012

KOTA A FAMOSA


Kota A Famosa (Fortaleza de Malaca) pastinya adalah salah satu tempat yang patut dilawati setiap pengunjung yang datang ke Melaka. Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia. Yang tinggal ini adalah Santiago Bastion.



0 comments:

Post a Comment